PUSAT OLAH PERANG TENTERA DARAT
(POP TD)
ILMU AMAL JAYA
Sejarah Penubuhan
Tim Projek Simulasi Tentera Darat telah ditubuhkan pada
15 Sep 1982 di Shah Alam, Selangor dengan menggunakan buku panduan `First Forray’ sebagai sistem permainan
olah perang secara manual dan ianya adalah atas pemberian Tentera Darat New
Zealand.Pada 15 Dis 1982 telah berpindah ke Kem
Sungai Besi, Kuala Lumpur dibawah pentadbiran MK Kor TD dan pada 1 Jan 1983
telah dinamakan sebagai Tim Simulasi Peperangan Tentera Darat dan dalam masa
yang Tempur Pertama dikeluarkan. Pada 14
Dis 1986 Tim ini telah berpindah ke Kem Segenting, Port Dickson dan dinamakan
Tim Simulasi Tempur Tentera Darat (Tim Simpur TD).
Pada awal Julai 1987, Projek Simulasi
Peperangan (PSP) ditubuhkan di Kem Batu Uban, Pulau Pinang bertujuan untuk
membuat penyelidikan dan pembangunan Sistem Olah Perang Bantuan Komputer secara
usaha sama dengan pihak Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Pada 1 Jan 1990 Projek Simulasi
Peperangan dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson dinamakan Cawangan
Penyelidikan & Pembangunan dan digabungkan dengan Tim Simpur TD dinamakan
Cawangan Gerak secara rasminya hasil
gabungan tersebut POP TD telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1990 melalui FED(M)/4060/1/90. Sistem Olah Perang Bantuan Komputer
berpandukan model Tempur Pertama telah siap dibangunkan dinamakan Tempur
Utama dan beroperasi pada penghujung tahun 1993 hingga 1996.POP TD
telah berpindah dari Kem Segenting, Port Dickson ke Kem Syed Sirajuddin Gemas
pada 16 Dis 2008 dan menumpang di Kem 14 RAMD.
Tapak Kem POP TD telah dibangunkan untuk dijadikan Kem Kolej Tentera
Darat. Pada 22 Jul 2013 POP TD telah berpindah secara rasminya ke kem sendiri
yang terletak di hadapan Hospital Tentera Darat (HTD) Gemas.
Konsep pembinaan kem baru adalah untuk menyediakan
kemudahan yang serba lengkap meliputi
aspek latihan olah perang dan simulasi untuk membantu formasi TD, ATM dalam latihan termasuk
latihan bilateral serta multilateral. Infrastruktur baru kem POP TD di atas
tanah seluas 94 ekar yang melibatkan kos sebanyak RM 73 juta. Pembinaan Kem ini
berkonsepkan lengkap sendiri (self contained) di mana ia menyediakan
segala keperluan asas seperti penginapan, sajian dan tempat eksesais untuk
menampung keperluan pelaku-pelaku eksesais.
Pembinaan kem ini melibatkan keluasan binaan seluas 23,016.94 meter
persegi.
Peranan
Memberi
simulasi olah perang dan membantu formasi dan Pusat – Pusat Latihan TD/ATM
dalam pelaksanaan eksesais Pos Pemerintah (POSTAH) yang dipacu oleh olah perang
(wargame–driven). Bantuan simulasi
olah perang yang disediakan oleh POP TD merupakan tugas teras bagi Pusat ini. Bantuan
simulasi olah perang yang dipertanggungjawabkan kepada Pusat ini adalah dalam
melaksanakan eksesais taktikal dan operational.
Wawasan
Wawasan
POP TD adalah untuk menjadikan POP TD sebagai Pusat Cemerlang Olah Perang (Wargaming) di rantau ini.
Misi
Misi
POP TD adalah untuk memperkasakan latihan Tentera Darat melalui kaedah olah
perang.
Objektif
Membantu divisyen dan briged menguji
doktrin, pelan kontijensi dan
perancangan operasi disamping menilai
tahap kesiapsiagaan pasukan di bawah naungan.
Piagam POP TD
POP TD telah ditubuhkan dan diberi
tanggungjawab di atas semua peringkat olah perang di dalam Tentera Darat (TD).
Di samping itu, Pusat ini juga bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan
penggunaan serta peningkatan dan perkembangan di semua bidang olah perang.
Lokasi Penempatan POP TD
Pengarah POP TD
No comments:
Post a Comment