Tuesday, February 10, 2015

POP TD

PUSAT OLAH PERANG TENTERA DARAT
(POP TD)
  
ILMU AMAL JAYA

Sejarah Penubuhan

Tim Projek Simulasi Tentera Darat telah ditubuhkan pada 15 Sep 1982 di Shah Alam, Selangor dengan menggunakan buku panduan `First Forray’ sebagai sistem permainan olah perang secara manual dan ianya adalah atas pemberian Tentera Darat New Zealand.Pada 15 Dis 1982 telah berpindah ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dibawah pentadbiran MK Kor TD dan pada 1 Jan 1983 telah dinamakan sebagai Tim Simulasi Peperangan Tentera Darat dan dalam masa yang Tempur Pertama dikeluarkan.  Pada 14 Dis 1986 Tim ini telah berpindah ke Kem Segenting, Port Dickson dan dinamakan Tim Simulasi Tempur Tentera Darat (Tim Simpur TD).

Pada awal Julai 1987, Projek Simulasi Peperangan (PSP) ditubuhkan di Kem Batu Uban, Pulau Pinang bertujuan untuk membuat penyelidikan dan pembangunan Sistem Olah Perang Bantuan Komputer secara usaha sama dengan pihak Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Pada 1 Jan 1990 Projek Simulasi Peperangan dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson dinamakan Cawangan Penyelidikan & Pembangunan dan digabungkan dengan Tim Simpur TD dinamakan Cawangan Gerak secara rasminya hasil gabungan tersebut POP TD telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1990 melalui FED(M)/4060/1/90.  Sistem Olah Perang Bantuan Komputer berpandukan model Tempur Pertama telah siap dibangunkan dinamakan Tempur Utama  dan beroperasi  pada penghujung tahun 1993 hingga 1996.POP TD telah berpindah dari Kem Segenting, Port Dickson ke Kem Syed Sirajuddin Gemas pada 16 Dis 2008 dan menumpang di Kem 14 RAMD.  Tapak Kem POP TD telah dibangunkan untuk dijadikan Kem Kolej Tentera Darat. Pada 22 Jul 2013 POP TD telah berpindah secara rasminya ke kem sendiri yang terletak di hadapan Hospital Tentera Darat (HTD) Gemas. 

Konsep pembinaan kem baru adalah untuk menyediakan kemudahan yang serba lengkap meliputi  aspek latihan olah perang dan simulasi untuk membantu  formasi TD, ATM dalam latihan termasuk latihan bilateral serta multilateral. Infrastruktur baru kem POP TD di atas tanah seluas 94 ekar yang melibatkan kos sebanyak RM 73 juta. Pembinaan Kem ini berkonsepkan lengkap sendiri (self contained) di mana ia menyediakan segala keperluan asas seperti penginapan, sajian dan tempat eksesais untuk menampung keperluan pelaku-pelaku eksesais.  Pembinaan kem ini melibatkan keluasan binaan seluas 23,016.94 meter persegi.

Peranan

Memberi simulasi olah perang dan membantu formasi dan Pusat – Pusat Latihan TD/ATM dalam pelaksanaan eksesais Pos Pemerintah (POSTAH) yang dipacu oleh olah perang (wargame–driven). Bantuan simulasi olah perang yang disediakan oleh POP TD merupakan tugas teras bagi Pusat ini. Bantuan simulasi olah perang yang dipertanggungjawabkan kepada Pusat ini adalah dalam melaksanakan eksesais taktikal dan operational.

Wawasan

Wawasan POP TD adalah untuk menjadikan POP TD sebagai Pusat Cemerlang Olah Perang (Wargaming) di rantau ini.

Misi

Misi POP TD adalah untuk memperkasakan latihan Tentera Darat melalui kaedah olah perang.

Objektif 

Membantu divisyen dan briged menguji doktrin,  pelan kontijensi dan perancangan  operasi disamping menilai tahap kesiapsiagaan pasukan di bawah naungan.

Piagam POP TD

POP TD telah ditubuhkan dan diberi tanggungjawab di atas semua peringkat olah perang di dalam Tentera Darat (TD). Di samping itu, Pusat ini juga bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan penggunaan serta peningkatan dan perkembangan di semua bidang olah perang.


Lokasi Penempatan POP TD 

 

 





Pengarah POP TD